Category: Biografi


Seluroh Indopak, juga hampir di seluruh dunia mengenali siapa itu Maulana Umar Palanpuri rah. Beliau dikenali sebagai “Suara Emas Dalam Kerja Dakwah” (Golden Voice of Dakwah Work). Sewaktu penulis berada di India pada 1990 ketika keluar 40 hari Masturat sempat menghabiskan masa beberapa hari di Markaz Dunia, Madrasah Kasyaful Ulom, Masjid BangoWali, Nizamuddin, India. Ketika itu penulis berkesempatan berada beberapa kali di dalam majlis beliau.

Pada waktu yang sama juga markaz didatangi rombongan yang pertama yang sebelum ini belum pernah sampai ke situ. Ia itu rombongan pertama dari Russia (USSR). Seingat penulis rombongan itu terdiri dari tujuh orang yang pakaian dari ketayap sampai ke stokin warna yang sama iaitu warna biru. Sesampai mereka di markaz berkebetolan dengan malam perhimpunan mingguan di daerah berkenaan. Kesemua mereka berada di tempat khas di atas kolah wudhuk berhadapan dengan pintu masjid (sekarang ini sudah tiada). Pada petang itu Maulana Umar Palanpuri rah memberi bayan (ceramah) yang mana dalam bayan tersebut beliau menyentuh bagaimana asal ujudnya fahaman Kominis.

Fahaman berkenaan bertapak apabila sistem Zakat yang terdapat di dalam al-Quran dan Hadis Nabi gagal dilaksanakan. Akhirnya gulongan miskin terpinggir dan seterusnya fahaman ini mulai bertapak. Beliau mengulas begitu panjang lebar sehingga penulis tidak sangka bahawa maulana yang begitu sibuk dengan ilmu agama dan madrasah begitu arif dengan sistem politik semasa serta begitu mahir dengan berbagai idologi yang ujud akhir-akhir ini.

Di dalam bayan beliau, beliau begitu yakin dengan kedatangan tetamu ronbongan jemaah pertama dari Russia itu menjadi titik permulaan perkembangan dan kebangkitan Islam di negara berkenaan. Beliau bersumpah dengan nama Allah swt bahawa Russia (USSR) akan berpecah satu persatu selepas dua tahun dari sekarang. Kata-kata beliau mengejutkan ramai hadirin yang hadir termasuk penulis. Ternyata selapas dua tahun kata-kata beliau ianya benar-benar menjadi kenyataan. Satu persatu Negara Kesatuan Russia telah berpecah. Cechnya, Yogoslavia,Cekoslovakia,Bosnia,Serbia,Angustia,Balarus dan lain-lain. Kata-kata beliau dua tahun selepas itu benar-benar berlaku.

Kekadang bila beliau membaca potongan ayat-ayat Quran, irama suaranya begitu sayu menahan sebak yang pastinya akan menyentuh perasaan sesiapa sahaja yang mendengar. Kekadang juga bila beliau menceritakan kisah Asyash yang beliau nukilkan dari kitab “maarif e mathnawi” karangan Maulana Hakim Muhammad Akhtar serta tafsiran oleh Syeikh Jalaluddin Rumi, beliau akan menangis sambil menahan sebak. Hadirin juga akan turut menangis ini termasuklah jemaah luar negara, Eropah, Amerika serta juga dari beberapa Negara Arab miski pun bayan di dalam bahasa Urdu dan diterjemahkan ke dalam bahasa masing-masing.

Bayannya cukup memberi kesan di dalam hati hadirin yang mendengarnya. Ada beberapa orang tetamu luar negara yang datang ke Markaz Nizamuddin tersebut semata-mata ingin bertanyakan sesuatu berkaitan Jemaah Tabligh, namun apabila selesai mendengar bayan dari beliau, jawapan persolan berkenaan akan terjawab di dalam bayan tersebut. Ini diperakui oleh banyak tetamu yang datang ke Markaz Nizamuddin.

Mengikut maklumat yang diterima, bahawa beliau semasa kecil dipelihara dan dididik oleh ibunya yang terkenal sabagai saorang wanita yang solehah ketika itu. Ketika masih kecil beliau menunjukkan tanda-tanda kecerdikkan yang mana dengan kecerdikan tersebut membuatkan bapa saudaranya menyekolahkannya mengikut pendidikan sekular yang ada ketika itu. Namun sebaliknya ibunya yang solehah itu berkeinginan anaknya itu diasuh dengan pengajian dan pendidikan agama yang akhirnya inilah terjadi kepada maulana.

Ketika masih umur kanak-kanak beliau telah pun menghafal Al-Quran dan ketika remaja beliau seterusnya melanjutkan pelajaran agamanya di Darul Ulum Deoband yang berkesudahan mendapat keputusan yang cermelang sehingga mengkagumkan guru-guru beliau. Pun begitu di dalam bidang kerohanian, beliau menjadikan Syeikhul Hadis Maulana Zakaria Al-Kandalawi rah sebagai Syeikh Khalifah beliau.

Seringkali di dalam bayan beliau, takkala beliau menceritakan mengenai sejarah silam beliau, beliau akan menceritakan bagaimana apabila pulang dari madrasah ibunya akan meminta beliau menceritakan apa ilmu yang beliau dapat di madrasah. Ibunya akan memberi perhatian kepada beliau serta berkata,”Sekarang ini tidak ada yang mendengar melainkan ibu sahaja namun ibu berdoa suatu hari nanti kamu akan saksikan bahawa ribuan orang akan mendengar apa yang kamu cakapkan.” Bila beliau menceritakan kisah ini, beliau akan menangis terisak-isak di hadapan ribuan dan jutaan manusia yang mendengar bayan beliau. Doa ibu beliau telah pun dikabulkan.

Pada 21 May 1997 jam 1.30 petang bersamaan hari Rabu, beliau telah dipanggil oleh Allah swt pulang ke rahmatullah di Nizamuddin, India. Inya terjadi setelah beliau beserta beberapa orang elders Nizamuddin bersafar ke Ijtimak Agra dan di dalam perjalanan, beliau telah jatuh sakit serta pulang semula ke Delhi. Kemudian beliau dimasukan ke hopital dan telah dibenarkan pulang namun selepas itu beliau diserang sakit jantung dan meninggal dunia.

Sekitar 80an dan awal 90an beliau begitu suka dengan jemaah dari Malaysia serta akan menyapa serta bersarapan pagi bersama jemaah dari Malayisa. Kesukaan beliau dengan jemaah Malaysia kerana ketika itu kebanyakkan yang datang ke markaz Nizamuddin adalah muda-muda belaka.

Pengurbanan beliau terhadap agama memberi menafaat yang banyak kepada ramai manusia yang datang ke Nizamuddin, India.

Semuga Allah swt mencerahkan tempat rehat beliau dan menerima pengurbanan beliau.

Copyright © Juni 2010, Allah Kuasa Makhluk Tak Kuasa

Syaikh Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi lahir pada 25 Jumada I, 1335 H, sesuai dengan 20 Maret 1917 di Kandahla di India. Keluarganya terkenal dengan keilmuan dan kesetiaan total dalam perjuangan Islam.

Ayahnya, Syaikh Muhammad Ilyas Al-Kandahlawi (wafat 1943), memainkan peranan penting dalam gerakan pemurnian yang dipimpin oleh dua ulama, Ahmad bin Muhammad Irfan dan Muhammad Ismail, dan keduanya wafat sebagai syuhada. Gerakan pemurnian yang bertujuan untuk menghapus semua penyimpangan dari kepercayaan rakyat dan kembali kepada agama Islam yang murni. Beberapa ulama dalam keluarganya belajar di bawah Syaikh Abd al-Aziz bin Ahmad bin Abd al-Rahim Al-Dahlawi, seorang ulama yang sangat terkemuka dalam ilmu Hadits. Sesungguhnya keluarga beliau menghasilkan barisan panjang ulama-ulama terkenal dalam ilmu Hadis, Fiqh, dan ilmu Islam lainnya.

Silsilah keturunan dari Garis Ayah:

Maulana Muhammad Yusuf anak dari Maulana Muhammad Ilyas anak dari Maulana Muhammad Ismail anak dari Syaikh Ghulam Hussein anak dari Hakim Karim Baksh anak dari Hakim Ghulam Mohiuddin anak dari Maulana Muhammad Sajid anak dari Maulana Muhammad Faiz anak dari Maulana Hakim Muhammad Syarif anak dari Maulana Hakim Muhammad Asyraf anak dari Syaikh Jamal Muhammad Syah anak dari Syaikh Nur Muhammad anak dari Syaikh Bahauddin Syah anak dari Maulana Syaikh Muhammad anak dari Syaikh Muhammad Fadhil anak dari Syaikh Qutb Syah.

Silsilah keturunan dari Garis Ibu:

Ibunya anak dari Maulvi Rauful Hasan anak dari Maulana Zia-ul-Hasan anak dari Maulana Nurul Hasan anak dari Maulana Abul Hasan anak dari Mufti Ilahi Baksh anak dari Maulana Syaikhul Islam anak dari Hakim Qutbuddin anak dari Hakim Abdul Qadir anak dari Maulana Hakim Muhammad Syarif anak dari Maulana Hakim Muhammad Asyraf anak dari Syaikh Jamal Muhammad Syah anak dari Syaikh Nur Muhammad anak dari Syaikh Bahauddin Syah anak dari Maulana Syaikh Muhammad anak dari Syaikh Muhammad Fadhil anak dari Syaikh Qutb Syah.

Garis silsilah keturunan ayah dan ibu dari keluarga Maulana Yusuf bertemu di Hakim Muhammad Syarif. Lalu garis silsilah keluarga keturunan mereka kembali ke Amirul Mukminin Hazrat Abu Bakar Siddiq RA. Kedua keluarga ini tinggal di desa Kandhala dan Jinhjana. Mereka terkenal dengan kereligiusan, keilmuan dan kesalehan.

Copyright © Juni 2010, Allah Kuasa Makhluk Tak Kuasa

Syaikhul Hadith Maulana Haji Muhammad Zakariyya rah. telah habiskan seluruh usianya yg soleh dalam tiga bahagian:

1. Dars wat Tadris (belajar dan mengajar)
2. Tasnif wat Ta’lif (menyusun dan mengarang kitab)
3. Tazkiah wa Islahul Khuluq (tazkiah hati dan islah akhlaq)

Beliau telah berjaya sempurnakan semua diatas dg baik dan cemerlang. Dikatakan bahawa kegiatan beliau:* Belajar dan mengajar, dilaksanakan dg benar2 disiplin waktu dan sakinah (penuh ketenangan pikiran)
* Menyusun dan mengarang kitab, dilakukan dg penuh tekun diiringi seluruh tumpuan hati serta akal
* Tazkiah nafsu dan islah khalq, dibuat dg daya perhatian bagai pekerja gigih dlm suatu pekerjaan yg bernilaiKetiga2 kegiatan tersebut beliau tunaikan sekaligus dg amat baik. Antara tiga itu, yg ketiga lebih menonjol dari yg lain. Alhamduilllaah hingga kini, pengaruhnya masih berterusan dan ribuan org telah dpt mengeluarkan cinta dunia dari hati mereka dg asbab usaha beliau.Dua bahagian yg pertama, iaitu pendidikan dan menyusun serta menulis kitab, amat besar jasanya kpd umat serta menerima pengiktirafan yg tinggi dan tdk terkira. Secara ringkas akan diterangkan disini mengenai beberapa kelebihan dari hasil karangan beliau dan jasa beliau secara ringkas dlm bidang pendidikan.

Dalam Bidang Pendidikan

Pendidikan beliau bermula pada tahun 1325H hingga tahun 1336 [1907-1917]. Diantara masyaikh yg telah menjadi guru beliau ialah Syaikh Saharanpuri, Syaikh Maulana Muhammad Ilyas Dahlawi, ayahanda beliau Syaikh Maulana Muhammad Yahya Kandahlawi, Maulana Abdul Wahid Sanbuli, Maulana Abdul Lathif dan ramai lagi masyaikh lainnya.Setelah tamat belajar, beliau mula tugas mengajar dari tahun 1335 H hingga tahun 1388 H [1916-68]. Kira2 54 tahun beliau telah berbakti dalam dunia pendidikan dan pengajaran. Dan lebih dari setengah usia beliau dihabiskan untuk berkhidmat di Madrasah Mazahirul Ulum di Saharanpur. Banyak bukti menunjukkan beliau mengambil berat terhadap madrasah ini. Semasa di madrasah ini, beliau telah mengajar lebih kurang 35 buah kitab agama bermula dari kitab Ilmu Sighah dan Nahu hinggalah kepada kitab yang lebih tinggi seperti kitab Sahih Bukhari dan Abu Daud. Bahkan beliau telah mengajarkan seluruh kitab yg diajar di madrasah tersebut.Beliau juga telah mengukir kenangan bahagia dengan menamatkan beberapa kitab penting dalam pengajarannya, di antaranya kitab Nurul Anwar sebanyak 3 kali, Mishkat 3 kali, Abu Daud 30 kali, Bukhari jilid awal sebanyak 50 kali dan kitab Bukhari dg lengkap sebanyak 16 kali.Ramai kalangan penuntut yg telah berjaya menamatkan pelajaran hadith melalui beliau dan memperdengarkan pelajaran mereka dihadapan beliau. Kemudian ramai pula yg meneruskan tugas mengajar dan berkhidmat utk agama dan ilmu agama dipelbagai tempat. Selain itu, ramai murid2 beliau yg telah tamat pendidikan dan pelajaran melalui beliau yg hati sanubari mereka disinari ma’rifat, sehingga mereka telah berbai’at melalui tangan beliau yg mulia, mempelajari ilmu suluk dan ilmu tasawuf secara khusus dan dg nikmat Allah Swt, telah berjaya mencapai darja kerohanian yg tinggi dlm ilmu ini.Sebahagian dari nama2 murid Syaikh Muhammad Zakariyya rah. yg telah menjadi ulama-ulama yg masyhur adalah:

* Maulana Muhammad Yusuf, Maulana Inamul Hasan, Maulana Izharul Hasan dan para pengajar di Kashiful Ulum Delhi

* Maulana Mufti Mahmud Hasan Ganggohi, pengajar hadith di Darul Ulum Deoband

* Maulana Munawwar Husein, Syaikhul Hadith di Darul Ulum Lathifi Kethar

* Maulana Abdul Jabbar, Syaikhul Hadith di Jamiah Qasimiah Shahi Muradabad

* Maulana Akbar Ali Saharanpuri, pengajar di Madrasah Mazahirul Ulum dan juga pengajar hadith di Darul Ulum Karachi, Pakistan

* Maulana Ubaidillah Belyawi, pengajar hadith di Madrasah Kashiful Ulum Delhi

* Mufti Muzaffar Husein, pengajar hadith dan wakil Madrasah Mazahirul Ulum Saharanpur

* Maulana Muhammad Yunus Jupuri, Syaikhul Hadith Madrasah Mazahirul Ulum Saharanpur

* Maulana Muhammad Aqil, pengajar hadith di Madrasah Sadhar Mudarisin juga di Madrasah Mazahirul Ulum Saharanpur

* Maulana Ashik Ilahi Balanshari, pengajar hadith di Madrasah Darul Ulum Karachi

* Maulana Muhammad Salman, pengajar hadith di Madrasah Mazahirul Ulum Saharanpur

* Maulana Taqiyuddin, pengajar hadith

* Maulana Bashir Ahmad, pengajar hadith di Darul Ulum Tanbu di Rangoon

Termasuk ulama2 berikut (tambahan Aba ‘Izzat):

* Dr. Mustafa al-Siba’i

* Syaikh Abd. al-Fattah Abu Ghuddah

* Dr. Muhamamad ‘Alawi al-Maliki

* Syaikh Muhammad Taha al-BarakatiDan masih banyak lagi nama2 lainnya hasil didikan dan ajaran beliau. Jika semua nama2 itu dicatat disini, maka risalah ini akan menjadi sangat panjang. Mereka semua adl ulama yg masyhur diantara org2 besar dlm dunia pendidikan dan pengajaran ilmu hadith yg telah dihasilkan melalui asbab pendidikan beliau.“Itulah keutamaan Allah Swt yg diberikan kpd sesiapa yg dikehendaki-Nya”Bagi kami, para khadim dan pelayan beliau, menjadi satu kebanggaan dan suatu kelayakan bagi kami amal tauladan diri kami, bhw dlm masa yg amat lama beliau telah sudi mendidik kami semata2 kerana Allah Swt padahal beliau melakukan itu semua tanpa menerima bentuk bayaran (baik gaji, bantuan, dll) dari pihak madrasah. Memang pd masa permulaannya, beliau terpaksa menerima sekedar upah mengajar beliau kerana dipaksa oleh masyaikh madrasah. Namun pd keesokan harinya beliau telah pulangkan seluruh wang upahan itu kembali ke madrasah.Semoga Allah Swt memberi taufiq-Nya kpd kita semua utk mengikuti tauladan beliau yg suci lagi mulia.Mengenai hal ini dg lebih terperinci, pembaca budiman boleh rujuk kitab Tarikh Mazahir, Jilid II.

Dalam Bidang Penulisan

Penyusunan kitab serta mengarang juga adl satu bab dlm kehidupan Syaikh Muhammad Zakariyya rah. dan berkatnya masih melimpah hingga sekarang. Beliau mula berkarya dg menulis 50 Tahun Keadaan Madrasah Mazahir Ulum dan Riwayat Hidup Para Masyaikh.Kedua2 kitab tsb adl permulaan karya beliau. Oeh kerana sibuk beliau dg mendidik, mengajar dan tanggungjawab terhadap madrasah maka kitab ini belum siap dan diterbitkan lagi. Insya-Allah setelah 50 tahun berlalu, kedua2 kitab tsb yg diberi judul, Tarikh Mazahir dan Tarikh Masyaikh akan segara disempurna dan diterbitkan.Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di Madrasah Mazahir Ulum Saharanpur. Seluruh kitab2 pelajaran, kecuali sebahagian kitab di kelas permulaan, telah dikarang dan disusun oleh beliau utk diajarkan di Madrasah Mazahir Ulum Saharanpur sehingga Madrasah tsb mencapai darjat ilmiah yg tinggi yg istimewa dari Allah Swt berkat jasa beliau terhadap ilmu hadith. Bahkan beliau telah jadikan misi hidup beliau khidmat terhadap hadith dan Allah Swt telah terima khidmat beliau pd martabat yg tertinggi sekali. Kitab Nadir Shuruh dan La Zawal Ta’liqaat hasil pena beliau telah diterima dg baik dikalangan masyarakat umum dan para ulama yg ternama.Kitab Awjazul Masalik (6 jilid besar) Syarah Kitab al-Muwattha’ Imam Malik adl hasil usaha serta titik peluh beliau sendiri selama kira2 40 tahun dan kitab ini telah mendapat banyak pujian daripada tokoh2 ulama di Hijaz.

Diantara tokoh alim ulama tersebut ada seorang yg berkata “seandainya pengarang kitab ini tdk menulis di dlm Muqaddimahnya bhw dia bermazhab Hanafi, maka pasti kami akan menyangka bhw penulis adl bermazhab Maliki kerana beliau dpt mengupas setiap bahagian dari fiqh mazhab Maliki secara terperinci. Selain itu, beliau dpt mengumpulkan byk masalah2 fiqhiyyah mazhab Maliki, dimana penjelasan masalah tsb sukar utk ditemui dlm mana2 kitab mazhab Maliki sekalipun.”

Alim ulama dari negara Arab, khususnya Arab Saudi, penjaga Haramain – semoga Allah Swt tambah keduanya kemuliaan dan keagungan – juga alim ulama dan tokoh dari Damsyik sangat berharap kpd syaikh agar kitab tsb dpt diterbitkan di Beirut, Lebanon. Ada seorang yg kaya raya dari Mekah Mukarramah telah menerbitkan kitab tsb dg pembiayaan pribadinya.Demikian juga dg kitab Lami’ud Darari (3 jilid) Syarah Jame’ Bukhari, kitab Kaukabub Duri (2 jilid) Syarah Jami’ut Tirmizi, kitab Juz Hujjatul Wada dan kitab al-Abwab wat Tarajim lil Bukhari dlm bbrapa jilid. Semua kitab ini adl suatu khidmat beliau yg sangat agung terhadap hadith.Beliau sentiasa tekun apabila membahaskan sesuatu kitab sampai pemikiran beliau terbuka dg penemuan baru hingga byk kitab2 baru disusun dan ditulis oleh beliau. Keseluruhannya, beliau telah mengarang lebih daripada 89 buah kitab dan 29 buah telah diterbitkan sementara yg lainnya masih dlm penerbitan. Semua judul dan keterangan karya beliau terhimpun dlm autobiografi beliau yg terkenal iaitu Aap Beti.Semua karya beliau itu amat bernilai dlm bidang ilmu pengetahuan, hakikat, islah dan tabligh. Dan beliau telah menunaikan hak dlm bidang2 tsb dg cemerlang, seperti yd diucapkan oleh Maulana Abul Hasan Ali Nadwi rah. “Karya dan susunan Syaikh benar2 mengandungi dua bahagian pokok:

1. Khusus dlm ilmu dan hakikat, serta
2. Murni mengandungi dakwah dan IslahUmumnya, seseorang yg mahir dlm bahagian pertama, ia tdk mahir dlm bahagian kedua. Dan jika ia mahir dlm bahagian kedua, ia tdk mahir dlm bahagian pertama. Dan seseorang yg sudah biasa dg bahagian kedua, maka ia tdk menjaga dan menegakkan adab serta peraturan dlm bahagian pertama.Akan tetapi Syaikh Muhammad Zakariyya telah berjaya sempurnakan 2 bahagian tsb dlm setiap karyanya. Beberapa contoh beliau dlm bahagian pertama ialah kitab Awjazul Masalik dan Lami’ud Dararai dan contoh umum dari bahagian kedua ialah kitab Hikayatus Sahabah dan Fadhail Amal, mengandungi Fadhilah Solat, Ramadhan, Zikir, Al-Quran, Haji, Sedeqah, Tabligh dan Selawat. Dan contoh karya beliau terkumpu kedua2 bahagian itu secara bersamaan ialah kitab Jame’ Shamail Tirmidzi dan Syarah Khasail Nabawi” [Shawaih Yusufi, Lucknow, hal 129].Judul dan kandungan risalah ini adalah berkenaan surat2 pertanyaan berkaitan dg kitab Fadhail Amal beliau, yg telah dikumpul dari semasa ke semasa. Syaikh Muhammad Zakariyya rah. telah menjawab semua surat2 pertanyaan dan kritikan tsb dengan mempamerkan kesabaran yg tinggi dan berhemat luas serta kebijaksanaan yg jitu. Dlm hal ini, dpt dijangka bhw Allah Swt telah kurnia dari khazanahNya bbrp bahagian kelembutanNya kpd beliau.

Copyright © Juni 2010, Allah Kuasa Makhluk Tak Kuasa

Penggagas Jamaah Tabligh

 

Maulana Muhammad Ilyas Al-Kandahlawy lahir pada tahun 1303 H (1886) di desa Kandahlah di kawasan Muzhafar Nagar, Utar Prades, India. Ayahnya bernama Syaikh Ismail dan Ibunya bernama Shafiyah Al-Hafidzah. Keluarga Maulana Muhammad Ilyas terkenal sebagai gudang ilmu agama. Saudaranya antara lain Maulana Muhammad yang tertua, dan Maulana Muhammad Yahya.

 

Ayah beliau, Syaikh Muhammad Ismail adalah seorang ruhaniwan besar yang suka menjalani hidup dengan ber-uzhlah, berkhalwat dan beribadah, membaca Alquran serta mengajarkan Alquran dan ilmu-ilmu agama. Adapun ibunda beliau, Shafiyah Al-Hafidzah, adalah seorang Hafidzah Alquran. Maulana Muhammad Ilyas pertama kali belajar agama pada kakeknya, Syaikh Muhammad Yahya. Beliau adalah seorang guru agama pada madrasah di kota kelahirannya. Kakeknya adalah penganut mazhab Hanafi dan teman dari seorang ulama dan penulis Islam terkenal, Syaikh Abul Hasan Al-Hasani An-Nadwi. Sejak saat itulah beliau mulai menghafal Alquran. Dari kecil telah tampak ruh dan semangat agama dalam dirinya. Beliau memilki kerisauan terhadap umat, agama dan dakwah. Sehingga Allamah Asy-Syaikh Mahmud Hasan yang dikenal sebagai Syaikhul Hind (guru besar ilmu Hadis pada madrasah Darul Ulum Deoband) pernah mengatakan, “sesungguhnya apabila aku melihat Maulana Ilyas aku teringat kisah perjuangan para sahabat.”

 

Pada suatu ketika saudaranya, Maulana Muhammad Yahya, pergi belajar kepada seorang alim besar dan pembaru yang ternama yakni Syaikh Rasyid Ahmad Al-Gangohi, di desa Gangoh, Utar Pradesh, India. Maulana Muhammad Yahya belajar membersihkan diri dan menyerap ilmu dengan bimbingan Syaikh Rasyid. Hal ini membuat Maulana Muhammad Ilyas tertarik untuk belajar pada Syaikh Rasyid sebagaimana kakaknya. Akhirnya Maulana Ilyas memutuskan untuk belajar agama menyertai kakaknya di Gangoh. Akan tetapi selama tinggal dan belajar di sana Maulana Ilyas selalu menderita sakit. Sakit ini ditanggungnya selama bertahun-tahun lamanya. Tabib Ustadz Mahmud Ahmad putra dari Syaikh Gangohi sendiri telah memberikan pengobatan dan perawatan pada beliau. Sakit yang dideritanya menyebabkan kegiatan belajarnya pun menurun, akan tetapi beliau tidak berputus asa. Banyak yang menyarankan agar beliau berhenti belajar untuk sementara waktu, tapi beliau menjawab, “apa gunanya aku hidup jika dalam kebodohan”.

 

Dengan izin Allah SWT, Maulana pun menyelesaikan pelajaran Hadis Syarif, Jami’at Tirmidzi dan Shahih Bukhari. Dan dalam jangka waktu empat bulan beliau sudah menyelesaikan Kutubus Sittah. Tubuhnya yang sering terserang sakit semakin membuat beliau bersemangat dalam menuntut ilmu. Begitu pula kerisauannya bertambah besar terhadap keadaan umat yang jauh dari syari’at Islam. Beliau akhirnya berkenalan dengan Syaikh Khalid Ahmad As-Sharanpuri penulis kitab Bajhul Majhud Fi Hilli Alfazhi Abi Dawud dan berguru kepadanya. Semakin bertambah ilmu yang dimiliki membuat beliau semakin tawaddu’ serta dihormati di kalangan para ulama dan masyaikh. Suatu ketika di Kandhla ada sebuah pertemuan yang dihadiri oleh ulama-ulama besar. Di antaranya terdapat nama Syaikh Abdurrahman Ar-Raipuri, Syaikh Khalil Ahmad As-Sharanpuri dan Syaikh Asyraf Ali At-Tanwi. Waktu itu tiba waktu shalat Ashar. Mereka meminta Maulana Ilyas untuk mengimami shalat tersebut. Setelah kematian kakaknya, Maulana Muhammad Yahya, pada 9 Agustus 1925, orang ramai meminta kepada Maulana Ilyas untuk menggantikan kakaknya di Nizamuddin. Waktu itu beliau sedang menjadi salah seorang pengajar di Madrasah Mazhahirul Ulum. Akhirnya, setelah mendapat izin dari Maulana Khalil Ahmad dengan pertimbangan jika tinggalnya di Nizamuddin membawa manfaat maka Maulana Ilyas diberi kesempatan untuk berhenti mengajar.

 

Beliau akhirnya pergi ke Nizamuddin, ke madarasah warisan ayahnya yang kosong akibat lama tidak dihuni. Dengan semangat mengajar yang tinggi beliau membuka kembali madrasah tersebut. Semangat yang tinggi untuk memajukan agama, beliau pun mendirikan Maktab di Mewat. Namun kondisi geografis yang agraris menyebabkan masyarakatnya lebih menyukai anak-anak mereka pergi ke kebun atau ke sawah daripada ke Madrasah atau Maktab untuk belajar agama, membaca atau menulis. Maulana Ilyas dengan terpaksa meminta orang Mewat untuk menyiapkan anak-anak mereka untuk belajar dengan biaya yang ditanggung oleh Maulana sendiri. Besarnya pengorbanan Maulana hanya untuk memajukan pendidikan agama bagi masyarakat tidak mendapatkan perhatian. Mereka enggan menuntut ilmu dan lebih senang hidup dalam kondisi yang sudah dijalani turun temurun. Melihat keadaan Mewat itu, semakin menambah kerisauan beliau akan keadaan umat Islam. Kunjungan-kunjungan diadakan bahkan madrasah-madrasah banyak didirikan, tetapi hal itu belum dapat mengatasi permasalahan yang dihadapi masyarakat Mewat. Dengan izin Allah timbullah keinginannya untuk mengirimkan jamaah dakwah ke Mewat.

 

Pada tahun 1351 H/1931 M, beliau menunaikan haji yang ketiga ke Tanah Suci Makkah. Kesempatan tersebut dipergunakan untuk menemui tokoh-tokoh India yang ada di Arab guna mengenalkan usaha dakwah. Selama di Makkah, jamaah bergerak setiap hari sejak pagi sampai petang, usaha dakwah terus dilakukan untuk mengajak orang taat kepada perintah Allah. Dalam pandangan Maulana Muhammad Ilyas, dakwah merupakan kewajiban umat Nabi Muhammad SAW. Pada prinsipnya setiap orang yang mengaku mengikuti ajaran Nabi Muhammad memiliki kewajiban mendakwahkan ajarannya, yaitu agar selalu taat kepada Allah dengan cara yang telah dicontohkan Rasulullah. Sepulang dari haji, Maulana mengadakan dua kunjungan ke Mewat, masing-masing disertai jamaah dengan jumlah sekitar seratus orang. Dalam kunjungan tersebut beliau selalu membentuk jamaah-jamaah yang dikirim ke kampung-kampung untuk ber-jaulah (berkeliling dari rumah ke rumah) guna menyampaikan pentingnya agama. Beliau sepenuhnya yakin bahwa kebodohan, kelalaian serta hilangnya semangat agama dan jiwa keislaman itulah yang menjadi sumber kerusakan. Dari Mewat inilah secara berangsur-angsur usaha tabligh meluas ke Delhi, United Province, Punjab, Khurja, Aligarh, Agra, Bulandshar, Meerut, Panipat, Sonepat, Karnal, Rohtak dan daerah lainnya. Begitu juga di bandar-bandar pelabuhan banyak jamaah yang tinggal dan terus bergerak menuju tempat-tempat yang ditargetkan sepeti halnya daerah Asia Barat. Terbentuknya jamaah ini adalah dengan izin Allah melalui kerisauan seorang Maulana Muhammad Ilyas. Kemudian menyebarlah jamaah-jamaah tabligh yang membawa misi ganda yaitu ishlah diri (perbaikan diri sendiri) dan mendakwahkan kebesaran Allah SWT kepada seluruh umat manusia. Perkembangan jamaah ini semakin hari semakin tampak. Gerakan jamaah tidak hanya tersebar di India tetapi sedikit demi sedikit telah menyebar ke barbagai negara. Hanya kekuasaan Allah yang dapat memakmurkan dan membesarkan usaha ini.

 

Pada hari terakhir dalam sejarah hidupnya, Maulana mengirim utusan kepada Syaikhul Hadits Maulana Zakariya, Maulana Abdul Qodir Raipuri, dan Maulana Zafar Ahmad, bahwa beliau akan mengamanahkan kepercayaan sebagai amir jamaah kepada sahabat-sahabatnya seperti Hafidz Maqbul Hasan, Qozi Dawud, Mulvi Ihtisamul Hasan, Mulvi Muhammad Yusuf, Mulvi Inamul Hasan, Mulvi Sayyid Raza Hasan. Pada saat itu terpilihlah Mulvi Muhammad Yusuf sebagai pengganti Maulana Muhammad Ilyas dalam memimpin usaha dakwah dan tabligh. Pada sekitar bulan Juli 1944 beliau jatuh sakit yang cukup parah. Kondisi tubuhnya yang lemah merupakan bukti bahwa beliau bersungguh-sungguh menghabiskan waktu mengembara dari satu tempat ke tempat lain bersama dengan jamaah untuk mendakwahkan kebesaran Allah. Akhirnya Maulana menghembuskan nafas terakhirnya, beliau pulang ke rahmatullah sebelum adzan Shubuh.

 

Beliau tidak banyak meninggalkan karya-karya tulisan tentang kerisauannya akan keadaan umat. Buah pikiran beliau dituang dalam lembar-lembar kertas surat yang dihimpun oleh Maulana Manzoor Nu’mani dengan judul Aur Un Ki Deeni Dawat yang ditujukan kepada para ulama dan seluruh umat Islam yang mengambil usaha dakwah ini.

 

Usaha Dakwah dan Tabligh yang sekarang telah mendunia ini, bukanlah usaha yang muncul dengan tiba-tiba. Usaha yang pernah membawa kejayaan umat di masa lalu ini dibangkitkan kembali melalui kerisauan, pengkajian, pengalaman, dan pengorbanan yang mendalam dari Maulana Ilyas Kandahlawi (rahmatullah alaih). Usaha ini dimulai di kalangan orang Meo yang mendiami kawasan Mewat di sebelah selatan Delhi, India.

Orang-orang Meo, meskipun secara lahir banyak yang mengaku beragama Islam, tetapi dari segi adat istiadat, ibadah dan kebudayaan sangat jauh dari nilai-nilai Islam, bahkan sebagian besar terpengaruh ajaran lain yang berkembang di India. Di samping merayakan hari raya Islam mereka juga merayakan hari raya agama lain. Umumnya mereka buta huruf, berakhlak buruk, kasar dan terkenal sebagai peminum ulung, mereka juga dikenal suka merampok dan mencuri.

Mereka menjalani kehidupan semacam itu selama beratus-ratus tahun, keadaan seperti ini membuat mereka tertinggal dan tersisih dari dunia luar. Meskipun mereka hidup di dekat pusat pemerintahan Delhi, mereka selalu dalam keadaan terasing dan terpinggirkan. Pendek kata, sifat dan tabiat mereka mirip seperti kaum jahiliyyah di masa Nabi Muhammad SAW, di kalangan seperti inilah Maulana Ilyas memulai gerakan dakwah.

Hubungan dengan orang Meo, sebenarnya telah dirintis oleh Maulana Muhammad Ismail, ayahanda Maulana Ilyas sendiri, kebetulan beliau tinggal di Basthi Nizamuddin yang merupakan jalan masuk ke Mewat. Hubungan ini digunakan sebaik-baiknya oleh Maulana Ismail dan kemudian dilanjutkan oleh Maulana Ilyas untuk menarik mereka kembali kepada kehidupan agama yang sebenarnya.

Setiap ada waktu untuk bertemu, Maulana selalu menggunakan kesempatan tersebut untuk meningkatkan pengetahuan agama dan membiasakan mereka dengan peraturan dan rukun-rukun syariat. Keluarga Maulana juga memelihara anak-anak Mewat dan mendidik mereka dalam madrasah dan kemudian mengirim kembali ke Mewat untuk berdakwah. Dengan cara ini, sedikit kesadaran mengenai pentingnya agama mulai tumbuh di kalangan mereka.

Untuk lebih menanamkan lagi pengetahuan agama di kalangan mereka, Maulana Ilyas menyarankan agar mereka mendirikan madrasah untuk mendidik anak-anak mereka. Setiap kali orang Meo mengundang Maulana, pendirian Madrasah ini selalu menjadi hal yang disyaratkan oleh Maulana.

Bagi orang Mewat, mendirikan madrasah merupakan syarat yang yang sangat berat dan hampir merupakan hal yang mustahil, mereka beralasan anak-anak mereka tidak dapat lagi bekerja dan berarti mengurangi pendapatan mereka. Tetapi dengan bujuk rayu, akhirnya madrasah ini berhasil didirikan. Maulana berkata kepada mereka, “Beri aku murid , aku akan menyediakan uang!” Semua biaya untuk keperluan madrasah keluar dari saku beliau. Alhamdulillah, akhirnya dalam waktu singkat, puluhan bahkan ratusan madrasah kemudian berhasil didirikan.

Kerisauan Maulana Ilyas, tidak berhenti sampai di situ saja. Dalam pandangan beliau, ternyata madrasah ini tidak memberi pengaruh yang signifikan dalam usaha perbaikan agama. Madrasah tidak bebas dari pengaruh lingkungan yang tidak mendukung, di samping itu para siswa yang telah lulus juga tidak bisa berbuat apa-apa untuk meningkatkan iman.

Pengaruh madrasah ini juga hanya terbatas untuk anak-anak yang sebenarnya belum matang kejiwaannya, sementara orang dewasa hampir tidak tersentuh sama sekali, padahal sebenarnya orang dewasa lah yang paling memerlukan usaha perbaikan ini, karena mereka para pemimpin rumah tangga yang akan mengemudikan kendali keluarga, yang merupakan unit terkecil dari sebuah masyarakat.

Pengalaman inilah yang menyadarkan Maulana bahwa usaha perbaikan ini tidak bisa bergantung pada perbaikan diri secara perorangan atau membatasi hanya kepada kelas tertentu saja. Perbaikan ini harus diusahakan ke atas masyarakat umum. Atas dasar itu lah kemudian dibentuk jamaah-jamaah dan dikirim ke berbagai wilayah di sekitar Mewat, seperti ke Kandhla, kampung asal Maulana Ilyas sendiri dan berbagai tempat lainnya.

Bukan perkara yang mudah untuk untuk meminta orang agar keluar meninggalkan rumahnya dan menangguhkan pekerjaan mereka walau sebentar, belum lagi kesulitan di tempat mereka keluar, apakah mereka mau menerima orang-orang Mewat yang biasa bertabiat kasar dan berkelakuan kurang baik tersebut.

Usaha membentuk jamaah ini bukan usaha yang mudah, usaha ini harus melalui berbagai rintangan dan jalan yang terjal. Untuk usaha ini Maulana Ilyas telah mencurahkan segala pengorbanan yang beliau bisa lakukan berupa waktu, pikiran, kerisauan dan harta benda beliau.

Hari ini, kita telah menerima usaha dakwah dalam bentuk yang “jadi”. Mudah-mudahan, dengan segala mujahadah, kita dapat melanjutkan apa yang telah dirintis oleh Maulana Ilyas dan para masyaikh tersebut. Insyaallah

Copyright © Juni 2010, Allah Kuasa Makhluk Tak Kuasa

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.